Thursday, September 30, 2010

TAMAN REKREASI & MINI ZOO KEMAMAN

Assalamualaikum.



Teringin pergi ke zoo ? Usah pergi jauh lagi, hanya di Kemaman Terengganu, anda dapat melihat semua itu. Tempat ini masih baru lagi dan tidak ramai yang menyedari tentang kewujudannya. Meh Iqa cerita sikit tentang tempat ini. :) Zoo ini merupakan zoo yang terbesar di pantai Timur setakat ini dan ia terletak di Bukit Takal Kemaman.





































Terdapat lebih kurang 100 spesies yang terdapat di zoo tersebut. Beberapa spesis haiwan seperti burung unta, merak, beruang, landak, burung helang, kucing hutan, rusa dan ular sedang dikuarantin untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di zoo berkenaan.
Binatang lain yang akan dipamerkan termasuk beberapa spesis beruang, banteng, seladang, kijang, kambing gurun, orang utan, buaya dan beberapa spesis harimau serta kuang raya.

Zoo yang terletak di kawasan seluas 135 ekar (54 hektar) bersempadan dengan kawasan kunang-kunang yang terletak di Kampung Yak Yah, Kemaman bakal mejadi antara 10 zoo terbaik di rantau ini dan keadaan hutan sekunder di kawasan pembangunan itu memberi kelebihan dari segi persekitaran. Anda juga dapat melihat dengan lebih jelas lagi dengan adanya jambatan gantung di zoo itu.



















Haa, anda juga boleh menaiki gajah di sini. Best kan.Terdapat beberapa zon tema kepada pengunjung dan juga petunjuk kepada tempat-tempat yag menarik di kawasan itu.
Antara taman tema itu adalah Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, Taman Buah-buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik.

Zoo ini telah menerima 2 ekor harimau Malaya (Panthere Tigris Jacsoni) daripada pihak zoo dari Melaka pada 2 April 2009. Dan yang mengejutkan, orang ramai sebenarnya lebih teruja untuk melihat haiwan karnivor ini dengan lebih dekat kerana kehadiran harimau ini telah menarik 114,000 orang pengunjung sejak 11 April 2009. Wow !

Dan bagi sesiapa yang ingin pergi ke zoo ini perlulah membeli tiket di kaunter yang disediakan dengan harga yang berpatutan :-

Tiket : RM10.00 (Dewasa)
: RM5.00 (Kanak-kanak)
: RM3.00 (Pelajar berpakaian seragam)

1 comment:

  1. hola!iqa~nape xmai uma..da dkat sgt ngan uma sy zoo ni ^_^

    ReplyDelete