Saturday, September 25, 2010

SEJARAH KAMPUNG LOSONG




Assalamualaikum.

Setiap tempat, mesti mempunyai peristiwa ataupun asal usulnya yang tersendirikan. Begitu juga dengan salah satu tempat yang popular di negeri Terengganu ini iaitu Kampung Losong. Sebut saja Kampung Losong, tentunya ramai penduduk negeri ini arif tentang kedudukan kampung ini.

Mengambil masa hanya 10 minit dari Kuala Terengganu dan sememangnya tempat ini menjadi
tumpuan para pelancong untuk membeli keropok lekor disitu. Mengikut kajian, nama kampung ini diambil sempena nama seorang pembuat keropok yang tersohor pada ketika dahulu. Nama kampung yang asal ialah Kampung Lorong Haji Su. Namun, beliau telah meninggal dunia. Keistimewaan keropok losong ini ialah, keropok disini lebih sedap dan lembut berbanding keropok yang dijual di tempat lain. Kalau anda nak tahu, pada waktu dulu keropok lekor yang dijual bersaiz mini iaitu saiz 5 hingga 6 inci sahaja dan rasanya lebih enak berbanding keropok yang dihasilkan kini. Harganya pada ketika itu hanya RM0.20 untuk keropok yang bersaiz kecik dan RM 1.00 bagi yang bersaiz besar.













Namun disebabkan hampir setiap hari mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran, keropok telah dijadikan saiz besar dan kampung losong ini lah yang menjadi pengeluar keropok yang terkenal di Malaysia.



No comments:

Post a Comment