Sunday, September 19, 2010

TAMAN TAMADUN ISLAM



ASSALAMUALAIKUM
















Kali ini kita pergi pula ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai.


















Inisiatifnya ia dibina untuk memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.
Taman ini mempunyai beberapa replika yang di adaptasikan dari seluruh dunia tentang tamadun Islam. Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India). Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Masjid kristal turut menjadi ikon bagi taman ini. Masjid kristal yang diperbuat daripada kaca dan besi menyerikan lagi rekabentuk masjid tersebut. Jika anda lihat pada waktu malam, ia sangat cantik serta menarik perhatian anda kerana masjid tersebut merupakan masjid pertama di Malaysia ini. Kagumnya sayaa! ^_^

Disini juga saya selitkan talian untuk anda hubungi jika anda mahu datang melawat ke tempat ini. :)

Pejabat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: +609 627 8888 Faks: +609 630 9020. Anda juga bleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian +609-622 1433 / 1893.


No comments:

Post a Comment