Wednesday, September 22, 2010

UNiSZA

























Assalamualaikum.

Unisza ataupun lebih dikenali dengan panggilan lama, Kusza merupakan salah satu tempat pengajian yang cukup tersohor pada ketika dahulu. Ini kerana Kusza telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai dalam bidang Ugama. Jadi tidak hairan lah kewujudannya sebagai kolej pada ketika dahulu dinaik taraf menjadi universiti sekarang.

Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

UDM telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan universiti awam yang ke-18 di negara ini.

Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.

Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web ini http://www.unisza.edu.my/


No comments:

Post a Comment