Showing posts with label SEJARAH DI TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH DI TERENGGANU. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

SEJARAH KAMPUNG LOSONG




Assalamualaikum.

Setiap tempat, mesti mempunyai peristiwa ataupun asal usulnya yang tersendirikan. Begitu juga dengan salah satu tempat yang popular di negeri Terengganu ini iaitu Kampung Losong. Sebut saja Kampung Losong, tentunya ramai penduduk negeri ini arif tentang kedudukan kampung ini.

Mengambil masa hanya 10 minit dari Kuala Terengganu dan sememangnya tempat ini menjadi
tumpuan para pelancong untuk membeli keropok lekor disitu. Mengikut kajian, nama kampung ini diambil sempena nama seorang pembuat keropok yang tersohor pada ketika dahulu. Nama kampung yang asal ialah Kampung Lorong Haji Su. Namun, beliau telah meninggal dunia. Keistimewaan keropok losong ini ialah, keropok disini lebih sedap dan lembut berbanding keropok yang dijual di tempat lain. Kalau anda nak tahu, pada waktu dulu keropok lekor yang dijual bersaiz mini iaitu saiz 5 hingga 6 inci sahaja dan rasanya lebih enak berbanding keropok yang dihasilkan kini. Harganya pada ketika itu hanya RM0.20 untuk keropok yang bersaiz kecik dan RM 1.00 bagi yang bersaiz besar.













Namun disebabkan hampir setiap hari mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran, keropok telah dijadikan saiz besar dan kampung losong ini lah yang menjadi pengeluar keropok yang terkenal di Malaysia.



Wednesday, September 22, 2010

ASAL USUL NAMA TERENGGANU

ASSALAMUALAIKUM.

Jom kita belajar sejarah pula ye. Hari ini kita belajar sejarah mengenai asal usul bagaimana nama Terengganu ini di cipta. Jom kita belajar sama-sama!

Pada mulanya, negeri Terengganu ini banyak dengan nama panggilannya. Seperti "terangnya ganu, dan taring anu". Ini semua disebabkan panggilan yang dipanggil oleh penduduk luar Terengganu. Terangnya Ganu itu disebut oleh pelajar Kelantan apabila mereka melihat pelangi di langit. Lantas mereka mengatakan, 'Terang sungguh ganu di sini'. Apabila mereka pulang ke Kelantan, mereka menghebohkan dengan mengatakan negeri jiran sungguh "terang ganunya".

Manakala taring anu dikatakan berasal daripada Sultan Terengganu yang ke-9 iaitu Baginda Omar. Ia dikaitkan dengan taring seekor binatang yang tidak dapat dikenal pasti jenis binatang itu. Lantas seorang ahli rombongan tersebut menyebut 'taring anu' dan apabila orang lain berburu di mana, dia menjawab di 'taring anu' sehinggakan ia dikenali sebagai Terengganu.

Jadi itulah kisahnya. Nama Terengganu di jumpai secara tidak langsung berikutan penemuan pelangi dan taring. Lantas ianya bertukar menjadi nama Terengganu dan digunakan sampai ke hari ini. ^^







Tuesday, September 21, 2010

KAMPUNG CINA

Assalamualaikum.


























Anda pernah datang ke sini ketika melawat ke Terengganu? Kampung Cina mempunyai banyak sejarah tentang kewujudannya. Meh dengar Iqa cerita ye.
Kampung Cina telah diakui sebagai sebahagian daripada sejarah hidup Malaysia, menunjukkan spektrum arsitektur dari awal kayu dan Baroque, untuk tahun 1920-an Art Deco dan pasca-Modenisme semuanya dalam satu jalan. Banyak Cina di kampung ini adalah keturunan dari para penduduk awal.

























Hingga hari ini, papan nama di-pejabat membuktikan bahawa banyak keluarga-keluarga masih tinggal di sini - iaitu wees, Lims, tans, Teos dan Phuahs. Anda boleh melihat lebih banyak aksara China diukir di Pintu antik dan Panel. Seterusnya ke hujung Jalan Kampung China adalah Central Market - atau Pasar Besar Kedai Payang - di mana aneka buah-buahan, sayuran, tekstil, barang-barang rumah tangga dan berbagai macam item akan dipaparkan untuk dijual. Suasana di Chinatown adalah salah satu keakraban dan informalitas.


Berjalan sepanjang rasanya seperti kembali ke hari-hari yang sederhana tadi. Anda boleh melihat wanita tua di sarung mereka duduk di depan ruko mereka, mengipasi diri sendiri dan melihat anak-anak muda di bermain.
Sepanjang Chinatown, China telah terintegrasi dengan orang Melayu tempatan. Mereka suka memakai sarung, makan makanan Malaysia dalam gaya Malaysia dan sering bercakap dalam dialek Terengganu khas Malaysia.

Dengan potensi Kampung China sebagai objek tinggalan, setiap perkembangan di bandar supaya selaras dengan struktur yang ada untuk menjaga suasana sejarah tempat ini.
Sebab itulah kalau anda melalui jalan ini, anda akan rasa kembali ke zaman dahulu kerana bangunan di sana masih di jaga dengan elok dan ia mengekalkan ciri-ciri pada zaman dahulu.