Showing posts with label KEISTIMEWAAN TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label KEISTIMEWAAN TERENGGANU. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

PROGRAM KHATAM QURAN BERAMAI-RAMAI



Assalamualaikum.
























Jika anda melalui di jalan-jalan sekitar Terengganu ini, anda mesti akan terpandang sebuah papan iklan besar yang gah terpampang dengan menyatakan tentang bilangan kanak-kanak yang telah berjaya khatam al-Quran melalui program yang dianjurkan oleh pihak negeri.

















Program khatam Quran secara beramai-ramai yang dilakukan di Gong Badak.

Sememangnya program seperti ini murni serta ia merupakan satu pendedahan awal kepada golongan muda. Setiap tahun pasti bilangan kanak-kanak yang khatam Quran meningkat. Sekaligus membantu anak-anak muda ini bersikap lebih sopan sekaligus memenuhi impian ibubapa mereka menjadi anak yang soleh serta solehan. INSYAALLAH.


MURID DARJAH 6 DIBERI EBOOK SECARA PERCUMA!


Assalamualaikum.





















MENTERI BESAR TERENGGANU, YAB. DATO' SERI HJ. AHMAD SAID
pencetus idea untuk memberikan e-book percuma kepada pelajar sekolah rendah.


Wahh. Murid sekolah rendah diberi e-book (laptop kecil) secara percuma sahaja! Sangat baik kerajaan Terengganu ini. Mereka (pel
ajar darjah 6) diberi kemudahan ini kerana setiap tahun negeri Terengganu ini akan mendapat markah keseluruhan terbaik bagi seluruh negeri dan ia adalah untuk memudahkan pembelajaran.





Untuk pengetahuan umum, hal seperti ini adalah buat julung kalinya berlaku di Asia Tenggara.
Kerajaan negeri Terengganu juga bercada
ng untuk memberikan kemudahan seperti ini kepada murid darjah 1-4 pada masa yang akan datang. Ini kerana kerajaan negeri mahu mereka bergerak seiring dengan kemajuan ICT yang semakin canggih pada masa kini. Namun pihak kerajaan juga turut berpesan kepada murid-murid tersebut agar menjaga e-Book tersebut dengan sebaik mungkin kerana mereka akan turut menggunakan e-Book tersebut semasa tingkatan 1 nanti. Dengan adanya e-Book ini, murid-murid akan lebih senang untuk belajar kerana ia bukan sahaja sukatan daripada buku teks, bahkan kelas juga turut diadakan melalui e-Book tersebut iaitu dengan alam maya. Ia menyenangkan murid-murid serta cikgu untuk proses pembelajaran.
























Seorang anak yatim menunjukkan e-book kepada neneknya.

SYABAS BUAT NEGERI TERENGGANU!

Tuesday, September 21, 2010

K A I N S O N G K E T T E R E N G G A N U


























Tidak lengkap jika anda tidak membawa pulang kain songket Terengganu sebagai tanda kenangan anda ketika berada di negeri persisiran pantai ini. Kain songket tersangatlah terkenal di sini. Sesiapa yang ingin membeli kain songket ini pasti akan menuju ke negeri Terengganu kerana negeri ini mempunyai kepakaran yang tinggi dalam penenunan kain songket ini. Tidak hairan la kain songket di sini jahitannya sangat kemas dan halus kan ^_^



Kain songket Terengganu masih mengekalkan ciri-ciri tradisional yang mampu menarik hati para pelanggannya sehingga ke hari ini. Tekstil songket Terengganu ini tidak mudah koyak serta retak kerana kualitinya yang begitu tinggi. Dan di sebabkan itu, harganya di pasaran tinggi. Namun anda pasti tidak menyesal membelinya kerana ia tidak akan turun warna juga. Bagi yang ingin menempah ataupun membeli secara pasang kain songket ini boleh la melayari laman web ini www.bibahsongket.com.