Showing posts with label MAKANAN MENARIK DI TERENGGANU SERTA RESIPI. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN MENARIK DI TERENGGANU SERTA RESIPI. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

LAKSAM TERENGGANU


Assalamualaikum.



























Kalau anda datang ke sini, tidak sah la percutian anda tanpa merasai laksam terengganu ini. Kuahnya yang pekat serta cukup ramuan pasti akan menambat selera anda. Iqa pun suka makan laksam terengganu ni. Kadang-kadang beli 2 bungkus sebab tak cukup. hehe. kantoi :P

Ok laa, kat sini Iqa nak beritahu anda resepi untuk buat laksam Terengganu ini.

i)Laksam


4 cawan tepung beras 1 1/2 cawan tepung gandum 4 cawan air suam -semua bahan ni campurkan dan kacau sehingga sebati.

ii)Kuah

Ikan direbus (sama seperti rebus ikan buat laksa),ambil isinya dan blender Bawang besar Bawang putih Halia Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam Gula merah Garam - semua bahan kuah ini blender dan campurkan sekali ke dlm periuk, di rebus sehingga masak. Rasakan garamnya...

iii) Bahan Ulam

Timun Daum kesum Kacang panjang Taugeh Bunga kantan -semua bahan ulam di racik2 halus.

Cara membuat Laksam:
Panaskan pengukus dan dulang/tudung periuk yang telah dilanser minyak masak. Tuangkan paras rata adunan tepung dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Ia akan masak bila kita tengok dah menggelembung gitu. Keluarkan dan sejukkan sebelum digulung supaya gulungan cantik. Ulangi langkah sama sehingga habis semua.

Sambal
(ni penting tau..tak de sambal, tak menjadi la laksam korang..)
Lada merah/cabai merah + sikit belacan + sikit garam--> tumbuk/blend
+perah sikit air limau kasturi Haa, itu la dia resepi Laksam Terengganu.


Tadaaa ! Dah siap pun laksam Terengganu ini. Nampak sedap kan. Iqa pun dah terliur ni he

























Nanti boleh la cuba yee! Bye

Sunday, September 19, 2010

BAHULU



Nyum nyumm sedapnya bahulu. opss. terlebih sudah. hehe. ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan semua. ^_^

























Topik harini pasal kuih tempatan masyarakat di Pantai Timur ye, iaitu kuih Bahulu. Bahulu Terengganu ini sangat sedap sebab teksturnya lembut sangat. Manis pula tu. Siapa tak terpikat kan hehehe. Bahulu ni biasanya dijual RM1 untuk dua bahulu.









Nampak lembut je kan? Haa, kalau anda nak tahu, bahulu ini diperbuat daripada telur, santan, tepung dan gula. Bahulu ini dimasak atas tempurung kelapa bagi melazatkan lagi rasa kuih ini. Memang rasa dia sangat meruntun jiwa lah. dengan rasa lemaknya, manisnya. So anda perlu cuba kuih ini taw kalau tak sangat-sangat rugii. :)

BINGKA TERENGGANU






Bingka oh bingka kenapa engkau sedap sangat. lalalala~ :p

Bingka ataupun Bekang. Sama je cuma orang terengganu panggil bekang. Siapa pernah makan kuih bingka Terengganu ni angkat tangan? Oh. tak ramai. Anda semua perlu cuba makan taw kuih ni sementara ada kat terengganu ni kalau tidak pasti menyesal. Nak tahu tak bingka tu rupa dia macamana? meh mehh ikut iqa..

























Ni la bingka adik-adik semua. Terdapat beberapa jenis bingka.




















Bingka ubi kayu



















Bingka Labu



















Bingka Roti


Bagi yang ingin cuba masak sendiri kuih bingka ini boleh la mencuba resipi kat bawah ini. ^^
Bahan-Bahan:
UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG
1kg tepung beras
air 1 ½ liter
4 biji telur ayam

UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN.
1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia

UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG.
1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
½ inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa

UNTUK KUAH MANIS.
1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka(kecil)
2 cawan air


Cara:
cara - cara membuat kuih bekang.
tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.


cara memasak sambal ikan.
ikan direbus dan ambil isi sahaja.
kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.

cara membuat kuahlemak.
bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat.
masukkan garam secukup rasa.

cara - cara membuat kuah manis.
tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.

KEROPOK TERENGGANU


Assalamualaikum.


Jika sebut Terengganu, mesti ingat keropok kan. Jadi tidak hairan la negeri Terengganu ini mendapat permintaan yang tinggi dari negeri lain tiap-tiap hari. Kepakaran orang kat sini membuat keropok memang tidak dapat ditandingi oleh orang luar. Keropok keping ataupun keropok lekor, kedua-duanya menjadi pilihan pelancong untuk membawa pulang sebagai ole-ole.


Tempat pemprosesan keropok yang paling terkenal di Terengganu ini ialah di Seberang Takir. Tapi usah risau, kat Terengganu ni banyak sangat tempat jual keropok. So senang nak cari. Kat pasar payang pun ada jugak. Iqa selalu beli dekat situ la sebab dekat dengan stesen bas terus hehe.

Ini keropok lekor.





















Nak tahu macamana nak buat keropok lekor ni tak? Haaa, jom jom tengok bawah.



















Ini pula keropok keping. Senang nak makan bila-bila hanya perlu goreng jee. Simpan kat tempat kering taw.





















Bagi anda yang ingin merasa keropok terengganu ini, boleh la menghubungi maklumat di bawah.

Badrul : 019-3472835 (badrul) atau email : sbrsm77@gmail.com

Produk yang dijual adalah original dari Terengganu Darul Iman :

* Keropok Keping
* Satar
* Otak - Otak ikan
* Keropok Lekor segera
* Perencah Ikan Bakar
* Ikan Kering


SATAR TERENGGANU




ASSALAMUALAIKUM SAHABAT YANG DI KASIHI SEKALIAN!






















Siapa yang datang ke negeri Terengganu ini pasti rugi jika beliau tidak mencuba satar terengganu ini kerana satar di sini sangat cukup ramuannya dan harganya sangat murah berbanding di negeri lain.


Satar ini diperbuat daripada ikan, cili, bawang serta kelapa. Nyumm. Iqa da terliur sangat da ni dengan satar terengganu ni. Lama dah tak makan. Sekali beli habis jugak RM5 ni. hehe.

















Satar ini dibakar di atas arang dimana rasa ikan itu pasti asli dan betul-betul rasa ikan yang segar. Ia dibungkus dengan daun pisang bagi mengekalkan kesegaran ikan serta membuatkan satar tersebut berbau harum. Kebanyakkannya ia dijual 4 satar, RM 2 sahaja. Bagi yang suka akan kepedasan, boleh la mencuba satar yang pedas di mana ia mengandungi cili padi di dalamnya dan anda pasti menggemarinya!

KUIH CEK MEK COMEL TERENGGANU



ASSALAMUALAIKUM COMEL-COMEL SEKALIAN.


























Disebabkan hari ini iqa nak cerita pasal kuih cek mek comel ni, so iqa panggil anda semua comel boleh tak? hehehe. Kuih cek mek comel merupakan kuih tradisional dari turun temurun lagi. Diperbuat daripada ubi kayu dan sedikit manisan di dalam cukup membuatkan orang yang memakannya memuji
kelazatan kuih tersebut. Digentel kecil ataupun besar dan dibentukkan menjadi bentuk bujur cukup membuatkan ia di gelar kuih cek mek comel. ^_^




Jom kita buat sendiri kuih comel ini.

BAHAN-BAHAN: 1/2 kg ubi keledek - direbus hingga empuk 1/2 cawan tepung gandum Gula secukupnya Sedikit garam Minyak masak.

CARA MEMBUATNYA:

- Ubi yang direbus dilenyek sampai lumat.
- Uli ubi bersama tepung gandum dan sedikit garam.
- Setelah rata, ambil segenggam bahan adunan tadi atau anggaran enam ataulapan sudu makan dan bentukkannya memanjang. Tinggalkan sedikit ruang dalam ditengahnya untuk di isi gula.
- Isi satu sudu teh gula atau atau dua sudu teh gula (ikut citarasa)
- Kemudian bungkus isi gula tadi dan bentukkan kuih cek mek ini bujur memanjang. Ulang sampai habis.

- Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Siap dihidang dan makang! Sangat senang kan. wee :)


KUIH BOM TERENGGANU



Salam sejahtera sahabat sekalian.




























Chef iqa sedang ke udara sekarang ye. Hari ini saya akan ajar kawan-kawan sekalian buat kuih bom. bukan bom atom itu ok. Ini kuih tradisional bagi penduduk di sini. Ianya bulat seperti bom dan mempunyai isi ikan di dalam. Diperbuat daripada tepung pulut, dibentuk bulat dan digolek ke dalam bijan sebelum digoreng. Kalau tak silap saya, orang KL panggil kuih bom ni kuih paung. So sesiapa yang nak try masak sendiri, ini dia resipi untuk buat kuih bom.



















Kuih Bom/Kuih Paung

Bahan kulit:
4 cawan tepung pulut 4 cawan kelapa parut 1 1/2 cawan air Gula secukup rasa (jika suka)

Bahan Inti:
4 ekor ikan selayang (direbus dahulu dan diambil isinya) 1/2 cawan santan 2 ulas bawang merah (diracik halus) 1 sudu kecil halba Halia (diracik halus) Garam secukup rasa Cili merah untuk hiasan Cara buat inti: Masak ikan yang dikisar halus bersama santan dan garam hingga kering, tambah bawang merah dan halia serta halba. Kacau hingga kering.

Cara-cara membuatnya:
Gaul tepung pulut dan kelapa parut dan garam, kemudian tuang air sikit-sikit sambil diuli menjadi doh lembut. Bulatkan dan masukkan inti. Goreng dalam minyak penuh, siap untuk dimakan. Makan panas-panas sedap:)


Selamat mencuba yaa ^_^

NASI DAGANG TERENGGANU




ASSALAMUALAIKUM!





Woahh. Tengok entri pon
dah bunyi perut ni. Sesiapa yang datang ke negeri Terengganu ni mesti cuba nasi dagang terengganu ni. Asli dan sedappp! ^.^ Nasi dagang ni biasanya di makan sebagai sarapan pagi. Nasi dagang menggunakan ikan tongkol ataupun ayam gulai sebagai lauk. Ditambah pula dengan acar timun amat membangkitkan aura. Nasi ini sedap kerana rasanya yang lemak sedikit kerana nasi ini menggunakan santan di dalam penyediaannya. Di sini iqa ingin berkongsi resipi bagaimana nak buat sendiri nasi dagang kegemaran rakyat Terengganu ni





















Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa

Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang

1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu


SELAMAT MENCUBA! ^_^

NASI KAUMOK YANG NYUMNYUMNYUM! ^^


Assalamualaikum kawan-kawan! haa, kemain semangat ni bagi salam sebab terliur dengan menu yang tertera kat tajuk entri kali ni hahaha :p























Mula-mula kenal dengan nasi ni sebabnye kawan kat UNiSZA pesan beli nasi kaumok ni kat pasar malam. Iqa pelik la ingat kan nak suruh beli nasi gemuk sebab sebutannya lebih kurang kan. Lepas tu kawan iqa gelak-gelak. Hairan jugak kita kan. Lepas tu dia eja satu-satu. K.A.U.M.O.K! dia cakap. Iqa pun gelak jugak la kan, boleh pulak tertukar nasi kaumok dengan nasi gemuk. hihihi. So lepas daripada peristiwa tu, iqa kenal dah nasi kaumok. Yayyy!! ^^v

Nasi ni terkenal jugak la kat Terengganu ni. Asalnya resipi ni dari Siam. So dah dekat dengan negeri Terengganu ni, makanya di sini pun turut terkenal dengan masakan ini.
Ia lebih kurang sama dengan nasi arab yang lauknya dimasak bersama-sama dengan nasi. Tapi nasi arab ni lauk daging kan, nasi kaumok ni lauk ayam ^^. Tapi ada juga yang makan dengan ayam goreng biasa ataupun ayam goreng berempah. Haa, ia juga boleh makan dengan ulam-ulaman seperti timun serta acar taw. Tidak lupa sos cili untuk lebih rasa kehebatan nasi kaumok ni. Fuhhh! pasti terangkat punyaa! :)

*gambar.

So sesiapa yang nak try buat nasi kaumok ni boleh la cuba resipi kat bawah ni yee.

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg beras basmathi
1 ekor ayam - dipotong 8 bahagian

BAHAN YANG PERLU DIMESIN:
3 sudu besar rempah komok (rempah kurma pun boleh)
5 ulas bwg putih
8 ulas bwg merah
3 biji cili hijau
2 tangkai akar daun ketumbar

BAHAN-BAHAN LAIN:
2 biji buah tomato dibelah 2,dipotong melintang
1 biji timun Daun salad

BAHAN UNTUK MENUMIS:
1 in kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
8 biji pelaga
1 in halia (di mayang)
4 ulas bwg merah (di mayang)
3 ulas bwg putih (di mayang)
½ tin susu cair
2 sudu minyak
2 sudu planta
2 sudu minyak sapi
Gula & garam

BAHAN UNTUK BUAT SOS CILI:
6 biji cili api merah
3 bawang putih jeruk
5 sudu gula
½ sudu garam
Daun ketumbar (semuanya di mesin)

CARA MEMASAK:
1) Panaskan minyak, minyak sapi & planta.
2) Masukkan bahan yg di mayang dgn rempah kasar & tumis sampai naik bau.
3) Masukkan bahan yg dimesin & tumis hingga kekuningan.
4) Masukkan ayam & kacau hingga sebati.
5) Masukkan susu cair, gula & garam.
6) Masak sampai kuah pekat & setelah itu asingkan ayam serta kuah.
7) Basuh beras & toskan.
8) Ambil kuah & masukkan dlm beras. Gaulkan hingga rata.
9) Tambahkan air secukupnya & masak nasi sampai masak.
10)Masukkan ayam & gaulkan dengan nasi.

Da siappp! nanti boleh laa poskan kat sini juga yee hehe. Byee!

KUIH HASIDAH!

Assalamualaikum semua.

Harini iqa nak jadi chef yee. bukan chef wan dah tapi chef two hehe :p
Okay laa, masing-masing tengok tajuk entri ye, KUIH HASIDAH ataupun orang lain panggil KUIH QASIDAH. nama je lain taw, tapi kuih totapp sama ye. Jangan mudah terpedaya hee. Kalau kat sini, kuih tuh laa menjadi kegemaran iqa. Best sangat, lembutttt je. rasa cam makan plastisin. hehe.

Nak tengok tak macamana rupa kuih HASIDAH ni yee, jomm





















Bahan-bahan

  • 300gm tepung gandum
  • 2 helai daun pandan
  • 2½ - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
  • 1½ cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
  • 5 biji telur ayam, dipukul
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning

Untuk hiasan

  • 10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.

Cara penyediaan

Tepung disangai hingga ia berbau wangi dan kekuningan. Ketepikan dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian tepung dicampurkan bersama santan, telur, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.

Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.

Proses mengacau kira-kira 1½ - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat. Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih bagi membentuk seperti bunga.