Showing posts with label DESTINASI PENGAJIAN. Show all posts
Showing posts with label DESTINASI PENGAJIAN. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

UiTM DUNGUN



Assalamualaikum.















Anda masih mencari tempat pengajian bertaraf ipta? Jika anda melepasi syarat-syarat yang ditawarkan oleh pihak Uitm, Iqa cadangkan agar anda memilih tempat ini sebagai destinasi pengajian anda. Kenapa? Kerana ia merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi Mara yang pertama di Malaysia.



















Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Terengganu di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kemudian kampus UiTM Terengganu telah berpindah ke Sura Hujung. Buat masa ini UiTM Terengganu telah mempunyai 3 kampus iaitu di Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu.

Terdapat banyak program yang ditawarkan di sini samada diploma ataupun ijazah. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari sendiri laman web rasmi UiTM Dungun ini di
http://terengganu.uitm.edu.my/

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DUNGUN


Assalamualaikum.





Di seluruh negara pasti mempunyai politeknik. Begitu juga di Terengganu. Ianya ialah
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan dahulunya dikenali sebagai Politeknik Dungun Terengganu (PDT). Ia diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun, Terengganu. Dibina di atas tapak seluas 100 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar sehingga 5000 orang pada satu masa. Manakala, kediaman siswanya mampu menampung sejumlah 1300 pelajar pada satu masa.



Demi menerajui keupayaan sebagai gedung penghasilan lulusan pelbagai bidang kejuruteraan, PSMZA mempunyai empat jabatan induk iaitu:-

  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Awam,
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, dan
  • Jabatan Teknologi Maklumat

Serta tiga jabatan sokongan iaitu:-

  • Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer dan
  • Jabatan Pengajian Am
  • Jabatan Sukan Dan Kokurikulum

PSMZA menawarkan sebanyak 9 program di peringkat Diploma dan 5 program di peringkat Sijil. Bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran, beberapa unit lain diwujudkan yang mempunyai peranan masing-masing seperti Unit Kaunseling & Kerjaya, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pentadbiran dan lain-lain lagi.



IKBN WAKAF TAPAI TERENGGANU


Assalamualaikum.

Institut Kemahiran Belia Negara merupakan salah satu tempat pengajian dimana ia berasaskan vokasional/kemahiran. Ikbn ini mempunyai banyak cawangan di setiap negeri termasuklah di negeri Terengganu ini. Tempat ini terletak di Marang Terengganu. Jika anda mempunyai kemahiran vokasional ataupun masih lagi mencari-cari tempat yang sesuai, Iqa syorkan anda memilih Ikbn ini kerana ia telah melahirkan ramai pekerja yang berkemahiran tinggi serta amat diperlukan oleh negara pada ketika ini.



Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Wednesday, September 22, 2010

UNiSZA

























Assalamualaikum.

Unisza ataupun lebih dikenali dengan panggilan lama, Kusza merupakan salah satu tempat pengajian yang cukup tersohor pada ketika dahulu. Ini kerana Kusza telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai dalam bidang Ugama. Jadi tidak hairan lah kewujudannya sebagai kolej pada ketika dahulu dinaik taraf menjadi universiti sekarang.

Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

UDM telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan universiti awam yang ke-18 di negara ini.

Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.

Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web ini http://www.unisza.edu.my/


Sunday, September 19, 2010

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


ASSALAMUALAIKUM SEMUA!












Anda masih tercari-cari tempat pengajian yang sesuai untuk anda? Di Terengganu ini ada menyediakan tempat pengajian yang menarik untuk anda dalami. Jom ikut iqa bercerita dengan lebih lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ni.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan institusi pengajian tinggi awam yang ke 14th di Malaysia dan terletak di Megabang Telipot Kuala Terengganu. Lokasinya yang stratejik, iaitu di sepanjang pantai Laut Cina Selatan, mejadikan UMT sebuah universiti maritim yang ideal. UMT menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang sains dan juga sains sosial. Dalam usia yang muda, UMT telah mencatat pencapaian yang membanggakan dalam bidang penyelidikan dan dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Universiti Malaysia Terengganu menawarkan pelbagai program akademik di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah, dalam pelbagai bidang sains dan sains sosial. Menarik? Tertarik? Okay jom kita pilih pula kos yang sesuai dengan anda di sini :-