Sunday, September 26, 2010

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DUNGUN


Assalamualaikum.





Di seluruh negara pasti mempunyai politeknik. Begitu juga di Terengganu. Ianya ialah
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan dahulunya dikenali sebagai Politeknik Dungun Terengganu (PDT). Ia diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun, Terengganu. Dibina di atas tapak seluas 100 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar sehingga 5000 orang pada satu masa. Manakala, kediaman siswanya mampu menampung sejumlah 1300 pelajar pada satu masa.



Demi menerajui keupayaan sebagai gedung penghasilan lulusan pelbagai bidang kejuruteraan, PSMZA mempunyai empat jabatan induk iaitu:-

  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Awam,
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, dan
  • Jabatan Teknologi Maklumat

Serta tiga jabatan sokongan iaitu:-

  • Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer dan
  • Jabatan Pengajian Am
  • Jabatan Sukan Dan Kokurikulum

PSMZA menawarkan sebanyak 9 program di peringkat Diploma dan 5 program di peringkat Sijil. Bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran, beberapa unit lain diwujudkan yang mempunyai peranan masing-masing seperti Unit Kaunseling & Kerjaya, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pentadbiran dan lain-lain lagi.



No comments:

Post a Comment