Saturday, September 25, 2010

PERPUSTAKAAN NEGERI TERENGGANU


Assalamualaikum.





















Setiap negeri pasti diperuntukan sebuah perpustakaan bagi kemudahan orang ramai kan. Begitu juga dengan negeri Terengganu ini. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah di
tubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.



Jika anda ingin mencari bahan rujukan, sila la datang ke sini kerana ia terdapat pelbagai jenis buku samada buku ilmiah ataupun buku bukan fakta. Di sini bukan sahaja turut menyediakan perpustakaan, tetapi terdapat juga dewan teater, bilik seminar dan juga dewan serbaguna.










Tetapi bagi sesiapa yang berminat untuk meminjam buku di sini, anda perlu membuat kad terlebih dahulu bagi memudahkan sistem peminjaman buku dibuat.

Anda hanya perlu tunggu selama 1o minit sahaja dan membayar RM 2 untuk proses membuat kad. Dan kad ini boleh diguna pakai selama 3 tahun!











Untuk ke laman web rasmi Perpustakaan Negeri Terengganu ini, sila klik gambar di bawah.































No comments:

Post a Comment