Tuesday, September 28, 2010

Terengganu Equestrian Resort ( TER)




Assalamualaikum.


























Kuala Terengganu semakin mendapat n
ama dalam sukan berkuda Equestrian selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mulai aktif dalam sukan ini. Selepas itu, sukan ini terus meriah dengan pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh negeri Terengganu ini. Namun bukan itu sahaja, kerajaan negeri turut menyediakan tempat bagi mereka yang berminat dengan sukan ini dengan membina TER.
















TER ialah sebuah kompleks yang mempunyai kemudahan untuk berkuda, permainan dalam bilik dan penginapan untuk dikenali sebagai Terengganu Equestrian Resort (TER). Kompleks ini akan mempunyai 116 kandang. Selain itu, juga akan menyediakan pusat latihan, gelanggang polo, sebuah klinik doktor haiwan khusus untuk merawat kuda dan kemudahan yang lain.

Permainan sukan bowling turut disediakan disini. Bukan itu sahaja, kolam renang yang luas turut menjadi perhatian rakyat negeri ini untuk bermandi-manda di sini. Dengan bayaran yang sedikit, anda boleh merasai semua ini. Oh ya, gelanggang squash dan dewan badminton turut disediakan. Ia pasti hebat, percayalah !

Jika anda ingin menunaikan solat, di hadapan TER terdapat masjid terapung yang begitu cantik !

No comments:

Post a Comment