Wednesday, September 22, 2010

ASAL USUL NAMA TERENGGANU

ASSALAMUALAIKUM.

Jom kita belajar sejarah pula ye. Hari ini kita belajar sejarah mengenai asal usul bagaimana nama Terengganu ini di cipta. Jom kita belajar sama-sama!

Pada mulanya, negeri Terengganu ini banyak dengan nama panggilannya. Seperti "terangnya ganu, dan taring anu". Ini semua disebabkan panggilan yang dipanggil oleh penduduk luar Terengganu. Terangnya Ganu itu disebut oleh pelajar Kelantan apabila mereka melihat pelangi di langit. Lantas mereka mengatakan, 'Terang sungguh ganu di sini'. Apabila mereka pulang ke Kelantan, mereka menghebohkan dengan mengatakan negeri jiran sungguh "terang ganunya".

Manakala taring anu dikatakan berasal daripada Sultan Terengganu yang ke-9 iaitu Baginda Omar. Ia dikaitkan dengan taring seekor binatang yang tidak dapat dikenal pasti jenis binatang itu. Lantas seorang ahli rombongan tersebut menyebut 'taring anu' dan apabila orang lain berburu di mana, dia menjawab di 'taring anu' sehinggakan ia dikenali sebagai Terengganu.

Jadi itulah kisahnya. Nama Terengganu di jumpai secara tidak langsung berikutan penemuan pelangi dan taring. Lantas ianya bertukar menjadi nama Terengganu dan digunakan sampai ke hari ini. ^^







No comments:

Post a Comment

Post a Comment