Sunday, September 19, 2010

MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH @ MASJID TERAPUNG





ASSALAMUALAIKUM.




















Masjid Tengku Tengah Zaharah ataupun juga dikenali sebagai Masjid Terapung ini terletak di Teluk Ibai, Kuala Terengganu. Ia telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Jika anda dari Kuala Terengganu, ianya hanya 4 km untuk ke sini. Masjid ini begitu unik disebabkan pembinaannya di atas muara air dan kos pembinaannya bernilai RM 6.997 juta. Masjid ini mengekalkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina



tempatan. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas. Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan. *gambar Dikelilingi oleh tasik yang cantik mampu menarik pelancong asing untuk turut ke sini. Udara yang nyaman serta bersih pasti akan dipuji oleh orang yang mengunjungi rumah ALLAH ini. Tasik di sini sangat jernih sehinggakan boleh lihat ikan sedang berenang-renang dengan gembiranya. Tunggu apa lagi, jomm ke sini! :)






No comments:

Post a Comment