Tuesday, September 21, 2010

DATARAN SHAHBANDAR


ASSALAMUALAIKUM.

Dataran Shahbandar merupakan salah satu tempat yang menarik di Kuala Terengganu. Selain dijadikan tempat beriadah serta bersantai bersama keluarga, tempat ini juga dijadikan sebagai tapak jualan serta pelbagai lagi aktiviti turut diadakan di sini. Kalau anda ingin tahu, tempat ini juga menjadi daya tarikan kepada pemancing kerana ia juga boleh memancing di sini. Di sebelahnya pula terdapat pelabuhan untuk pergi ke Seberang Takir dan Pulau Duyong. Bayarannya kalau tak silap hanya RM0.50. Murah kan. Di hadapan tempat ini terletaknya Istana Maziah serta Pasar Payang. Jika berjalan kaki dari sana hanya mengambil mase 5 minit sahaja. Pada waktu malam, tapak dataran ini digunakan sebagai tempat persinggahan bas untuk mengambil penumpang. Jika anda ingin solat, masjid yang cantik serta unik (seperti rumah tradisional ) turut di sediakan.

Gambar dibawah diambil ketika waktu malam. Enjoy the pictures!

































No comments:

Post a Comment