Sunday, September 19, 2010

BAZAR WARISAN



haii kawan-kawan!

Jom kita jalan-jalan yukk! Destinasi hari ini kita pergi bazar warisan pula yee. Tapi sebelum itu jom iqa cerita serba sedikit pasal tempat menarik ini. Ia mula dibuka Julai tahun ini, bazar yang dibina dengan kos RM18.4 juta di Jalan Sultan Zainal Abidin, kompleks perniagaan ini terletak di pinggir Kuala Terengganu, sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan kota ini sebagai bandar raya persisiran air.






















Rekabentuknya diperbuat daripada kayu dan mengekalkan ciri-ciri tradisional yang amat unik sekali. Tempat ini hanya bersebelahan je dengan pasar payang. So sesiapa yang membeli belah di pasar payang tu, WAJIB datang ke tempat ni. Tambah menarik, reka bentuk kompleks tiga tingkat ini mempamerkan seni bina tradisional Terengganu. Sehingga kini, ia menempatkan pelbagai gerai pengusaha seni warisan tradisional termasuk sutera, batik, songket, tembaga dan cenderamata. Bagi yang tercari-cari ole-ole yang cantik untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan, saudara-mara, boleh la beli di bazar warisan ni ye.









































Tempat ni luas dan selesa bagi yang datang beramai-ramai dengan keluarga. Boleh berehat sebentar di pondok-pondok yang disediakan. Bagi yang keletihan berjalan, untuk naik ke tingkat dua dan tiga, anda tidak perlu lagi menggunakan tenaga yang banyak kerana ia menyediakan lif serta eskalator untuk naik ke atas. Canggih bukan? ^^
Di tingkat tiga juga, pengunjung boleh menyaksikan keindahan muara Sungai Terengganu.

Dari sini, Pulau Duyong yang menjadi lokasi utama penganjuran sukan layar antarabangsa, Piala Monsun dan bot kecil yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir. Dan bagi sesiapa yang hendak menaiki bot di sana, boleh la berbuat demikian dengan hanya membayar tambang sebanyak satu ringgit pergi dan balik. Murahhhhh sangat dan anda pasti teruja melihat keindahan di situ.
So let's we rocking this place!! ^^.

No comments:

Post a Comment