Monday, September 20, 2010

RI-YAZ HERITAGE RESORT & SPA





ASSALAMUALAIKUM





















Tempat penginapan ini terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan dikelilingi oleh panaroma yang begitu menarik. Ia hanya 5 minit jika anda dari lapangan terbang Terengganu.
Ri-Yaz Heritage Resort & Spa Hotel Kuala Terengganu mempunyai 58 bilik yang terdiri daripada 52 Chalets Deluxe, 4 Executive Suite dan 2 Cemara Suites. DVD home theater system dan dapur yang lengkap terdapat di Cemara Suites. Wireless internet akses dan kemudahan antarabangsa Telefon panggilan langsung juga disediakan untuk kemudahan pelanggan.
































Jika anda berasa lapar dan ingin mencuba sesuatu yang unik, anda bolehlah menjamu selera di Verandah Restoran
yang menawarkan menu yang lazat iaitu makanan laut tempatan dan barat dengan pemandangan Laut China Selatan. Untuk makanan ringan anda juga boleh menjamu selera di Cafe Bytes di Ri-Yaz Heritage Marina & Exhibition Centre. Sesekali manjakan diri anda di Spa Sembunyi di mana ia terdapat di resort tersebut pasti menggamit jiwa anda! Seperti kebanyakkan resort, tempat ini turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan bilik, hotel, tempat menjamu selera serta hiburan, sukan dan kesegaran. Bagi anda yang mempunyai bisnes dan ingin menempah bilik untuk mengadakan sesuatu mesyuarat turut di alu-alukan! ^^



No comments:

Post a Comment