Sunday, September 19, 2010

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin / Kompleks Stadium



ASSALAMUALAIKUM!


Ada tak sesiapa orang Terengganu tak kenal dengan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ( SSMZA ) ni? Kalau ada, hari ini anda akan t
ahu sebab iqa akan bercerita tentang tempat ini. Yayy! *tepuk tangan semua


Seperti kita semua tahu, SSMZA ini pembinaannya stadium telah menelan belanja RM 270 bilion. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 . Stadium ini menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara sukan utama.












Perasmian gilang gemilang oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan-Agung, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2008. Stadium ini dianggap tercanggih di pantai timur. Pembinaan Kompleks Sukan Negeri ini dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan. Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM292 juta manakala stadium tertutup RM160 juta dengan pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain. Woahh, sangat banyak perbelanjaannya kan. Demi untuk rakyat negeri Terengganu, kerajaan Terengganu sanggup berbelanja sebegitu besar perbelanjaan. Sungguh bertuah orang-orang Terengganu ni sebenarnyaa.

SSMZA ini juga boleh memuatkan lebih 50,000 orang penonton. Dan ia merupakan stadium yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. HEBAT SEKALI!

So, let's we rocking this place!!


1 comment: