Monday, September 20, 2010

T A S I K K E N Y I R

Assalamualaikum.


Siapa yang tidak kenal akan tasik buatan manusia yang terbesar di sebelah Asia Terengganu iaitu Tasik Kenyir. Ia terletak di hulu sungai Kenyir dan ia turut menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara ini. Iyaa, sangat hebat! Tempat ini juga menjadi tarikan pelancong dari luar dan dalam negeri serta pelancong asing turut mengagumi tempat ini. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.






















Kerana terdapat pelbagai jenis spesies di dalamnya. Ada 30 sungai, 25 air terjun dan sekurang-kurangnya 25 spesies ikan dikenali. Oleh kerana itu Tasik Kenyir dikenali sebagai sebuah syurga pemancing untuk memancing. Selain itu ia juga membuat tempat pelancongan yang menarik dengan tawaran dari hutan tropika yang indah, rumah bagi lebih daripada 8000 spesies
bunga, 2500 spesis tanaman dan pokok-pokok dan 300 jenis fugus. Menambah warna eksotis 800 rama-rama, 370 jenis anggrek, 1000 jenis burung dan 200 spesies haiwan lain. Ada juga gua-gua kapur dan hutan hujan tropika yang dikawal.
Bagi yang ingin menempah percutian anda di sini, boleh la layari laman web ini http://www.lakekenyir.com/. Jangan lupa mengambil gambar ketika berada di sini kerana ia pasti merupakan memori terindah anda! Oh, jangan lupa ole-ole juga! ^^



















No comments:

Post a Comment