ASSALAMUALAIKUM
Haii kawan-kawan semua! Anda semua pernah pergi tak pasar Payang ni? Tempat ni sangat terkenal di Terengganu ni. Kalau anda semua datang ke negeri ini, tak sah la kalau anda tak singgah di sini untuk membeli barang-barang untuk dibawa pulang. Pasar ini terletak di sungai Terengganu. * Jika anda mencari barang-barang seperti kain batik, baju-baju, kain songket, sutera atau pelbagai lagi barang lain, anda boleh la membelinya di sini. Barang-barang ini terletak di tingkat 2 dan terdapat banyak kedai di situ. Bagi barang basah seperti makanan- buahan-buahan, pelbagai jenis keropok, makanan tradisional negeri Terengganu, serta kuih-muih, ianya berada di tingkat bawah.
Jangan risau mengenai harga kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. * Kebiasaanya penduduk tempatan yang berniaga di sini dan mereka sangat ramah serta baik hati. Mereka juga senang untuk dibawa berunding untuk tawar-menawar harga. Jadi tunggu apa lagi, jommm jalan-jalan! ^^
No comments:
Post a Comment