Sunday, September 19, 2010

BINGKA TERENGGANU






Bingka oh bingka kenapa engkau sedap sangat. lalalala~ :p

Bingka ataupun Bekang. Sama je cuma orang terengganu panggil bekang. Siapa pernah makan kuih bingka Terengganu ni angkat tangan? Oh. tak ramai. Anda semua perlu cuba makan taw kuih ni sementara ada kat terengganu ni kalau tidak pasti menyesal. Nak tahu tak bingka tu rupa dia macamana? meh mehh ikut iqa..

























Ni la bingka adik-adik semua. Terdapat beberapa jenis bingka.




















Bingka ubi kayu



















Bingka Labu



















Bingka Roti


Bagi yang ingin cuba masak sendiri kuih bingka ini boleh la mencuba resipi kat bawah ini. ^^
Bahan-Bahan:
UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG
1kg tepung beras
air 1 ½ liter
4 biji telur ayam

UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN.
1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia

UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG.
1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
½ inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa

UNTUK KUAH MANIS.
1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka(kecil)
2 cawan air


Cara:
cara - cara membuat kuih bekang.
tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.


cara memasak sambal ikan.
ikan direbus dan ambil isi sahaja.
kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.

cara membuat kuahlemak.
bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat.
masukkan garam secukup rasa.

cara - cara membuat kuah manis.
tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment