Assalamualaikum
Sebuah pulau yang lebih kecil di sebelah Pulau Kapas yang jaraknya hanya 800 meter, yang disebut Pulau Gemia atau Gem Pulau ini terletak di utara pulau utama. Hanya ada satu resort di Pulau Gem dikenali sebagai Gem Island Resort. Kadar bilik standard bermula dari RM207 nett per seterusnya malam bergantung pada musim dan masa tempahan anda. Ini merupakan sebuah pulau eksklusif dan kemudahan di sini hanya boleh diakses oleh mereka yang tinggal di resort. Dimana sebenarnya pulau ni terletak yee? Jom kita tengok peta ini ^^
Pulau ini dikelilingi dengan bukit-bukit berbatu yang menarik. Airnya yang jernih seakan kristal pasti menarik minat anda untuk bermain di dalamnya. Jangan terkejut ye jika anda melihat secara langsung ikan berenang-renang di depan anda kerana itu adalah kepastian yang anda akan alami sendiri. Disana juga anda akan dapat melihat anak-anak penyu kerana ia akan dilahirkan di situ tetapi pihak Gemia akan memindahkan ia ke tempat lain untuk tujuan perlindungan kepada binatang tersebut.
Anda juga boleh bermain snorkelling di sana untuk melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan laut di situ. Tetapi anda di sarankan memakai jaket keselamatan untuk lebih selamat. Anda boleh melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti karang pelbagai bentuk dan saiz, ikan yang cantik berwarna-warni serta banyak lagi. Pasti anda akan mengingati saat manis ini.
No comments:
Post a Comment