Monday, September 20, 2010

P U L A U D U Y O N G


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA!























Pulau duyong diberi gelaran kerana dipercayai pada waktu dahulu, terdapat ikan duyong singgah di situ.
Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu di Kuala Terengganu, Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pulau ini terkenal sebagai pusat pembuatan perahu dan pelanggan berasal dari seluruh dunia termasuk Eropah dan Amerika.


















Pulau Duyong sangat terkenal kerana ia pernah menjadi tempat untuk aktiviti Monsoon Cup pada tahun 2005 yang bermula pada 29 November sehingga 4 Disember 2005. Begitu juga Monsoon Cup pada tahun seterusnya, ia memilih Pulau Duyong sebagai tempat berlangsungnya upacara gilang gemilang tersebut. Dengan menawarkan hadiah sebanyak RM 1 juta kepada pemenang, aktiviti tersebut menjadi tumpuan ramai sekaligus meningkatkan kadar pelancongan di negeri Terengganu ini.






















Disebabkan Terengganu merupakan kawasan pesisiran pantai, makanya ia senang untuk ke sesuatu tempat melalui jalan air tersebut. Seperti, jika anda ingin ke Kuala Terengganu dari Pulau Duyong, anda boleh menaiki bot yang disediakan. Begitu juga sebaliknya. Bukan itu saja, tetapi anda juga boleh pergi ke pasar payang juga dimana di sana mempunyai banyak barang-barang menarik untuk anda bawa pulang.

Jadi tunggu apa lagi, jom kita melawat di sini! ^^



No comments:

Post a Comment