Monday, September 20, 2010

SARI PACIFICA RESORT & SPA , PULAU REDANG


ASSALAMUALAIKUM



























Bagi pelancong yang masih tercari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk anda ketika melawat ke Pulau Redang, saya cadangkan agar anda menginap di Sari Pacifica Resort ini. Selain keindahan tempat penginapan di situ, anda juga boleh menghirup udara segar di sekitar pulau tersebut. Resort ini terkenal dengan aktiviti skuba. Resort ini turut menyediakan perkhidmatan jakuzi bagi anda yang gemar bermain air. Usah risau bagi pasangan yang baru berkahwin dan ingin berbulan madu di sini, SPR ini menyediakan tempat yang khusus untuk mereka inginkan privasi. Setiap villa dilengkapi dengan pemain DVD dan TV satelit. Keluasaan vila membolehkan pelancong untuk berjalan-jalan serta serta tidak berasa bosan apabila berada di dalam vila. Pembuat kopi dan minibar juga boleh ditemui di dalam bilik di resort ini








































Para tetamu boleh menikmati rawatan urut di Spa & pusat kesihatan. Mereka juga boleh berehat dengan kolam renang udara terbuka. Sari Pacifica juga menyediakan kemudahan barbeku, serta peralatan snorkeling dan menyelam.

Jom kita menginap di sini!

No comments:

Post a Comment