Assalamualaikum people!
I had been here which is on February if i not mistaken. Iqa pergi dengan kawan-kawan 3 orang. Dari bandar Kuala Terengganu, ianya hanya mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke pelabuhan Pulau Kapas. Okay, jom iqa cerita dulu mengenai Pulau Kapas ini. Pulau ini terletak 5km dari Marang, Terengganu. Jika anda tidak mahu bermalam di Pulau Kapas ini, anda juga boleh pulang pada hari yang sama anda datang tetapi anda perlu datang pada waktu pagi kerana perkhidmatan bot yang disediakan berhenti beroperasi pada pukul 4 petang.
Tapi iqa bermalam di sana semalaman kerana ingin meninjau kawasan pulau yang cantik itu. Bagi pelajar seperti iqa, anda akan dapat harga yang murah. Untuk 2 orang, kami hanya perlu membayar RM60 seorang dan bilik kami mempunyai penghawa dingin! Sangat murah kan?
Antara resort yang terdapat di Pulau Kapas ialah :-
Penyu Valley Chalet
Rumah Cahaya
Duta Puri Resort Island
Kapas Island Resort
Kapas Beach Chalet
Makcik Gemok Beach Resort
Qimy Chalet
Kapas Garden Resort
Harmony Camp Situs
Okay laa, let's picture do the rest. Enjoy! ^^,
No comments:
Post a Comment