Wednesday, September 29, 2010

PANTAI PAKA



Assalamualaikum.




















Berjalan di Terengganu memang tidak puas kerana terdapat banyak pantai yang cantik di sini. Salah satunya ialah Pantai Paka. Ia terletak di daerah Dungun. Seperti pantai yang lain, pantai di sini juga cantik dan pemandangannya amat memukau mata sesiapa yang melihatnya di masa yang sama mengagumi kebesaranNYA.
Deretan barisan pokok kelapa meliuk-liuk apabila ditiup angin mengasyikkan pengunjung yang datang berkelah disini. Pasirnya yang kuning keemasan juga halus dan bersih untuk bermain. Datang lah ke sini dengan orang yang tersayang sambil berkelah bersama-sama pasti mengamit memori anda ! ^^

No comments:

Post a Comment