Sunday, September 26, 2010

MURID DARJAH 6 DIBERI EBOOK SECARA PERCUMA!


Assalamualaikum.





















MENTERI BESAR TERENGGANU, YAB. DATO' SERI HJ. AHMAD SAID
pencetus idea untuk memberikan e-book percuma kepada pelajar sekolah rendah.


Wahh. Murid sekolah rendah diberi e-book (laptop kecil) secara percuma sahaja! Sangat baik kerajaan Terengganu ini. Mereka (pel
ajar darjah 6) diberi kemudahan ini kerana setiap tahun negeri Terengganu ini akan mendapat markah keseluruhan terbaik bagi seluruh negeri dan ia adalah untuk memudahkan pembelajaran.





Untuk pengetahuan umum, hal seperti ini adalah buat julung kalinya berlaku di Asia Tenggara.
Kerajaan negeri Terengganu juga bercada
ng untuk memberikan kemudahan seperti ini kepada murid darjah 1-4 pada masa yang akan datang. Ini kerana kerajaan negeri mahu mereka bergerak seiring dengan kemajuan ICT yang semakin canggih pada masa kini. Namun pihak kerajaan juga turut berpesan kepada murid-murid tersebut agar menjaga e-Book tersebut dengan sebaik mungkin kerana mereka akan turut menggunakan e-Book tersebut semasa tingkatan 1 nanti. Dengan adanya e-Book ini, murid-murid akan lebih senang untuk belajar kerana ia bukan sahaja sukatan daripada buku teks, bahkan kelas juga turut diadakan melalui e-Book tersebut iaitu dengan alam maya. Ia menyenangkan murid-murid serta cikgu untuk proses pembelajaran.
























Seorang anak yatim menunjukkan e-book kepada neneknya.

SYABAS BUAT NEGERI TERENGGANU!

No comments:

Post a Comment