Woahh. Tengok entri pon dah bunyi perut ni. Sesiapa yang datang ke negeri Terengganu ni mesti cuba nasi dagang terengganu ni. Asli dan sedappp! ^.^ Nasi dagang ni biasanya di makan sebagai sarapan pagi. Nasi dagang menggunakan ikan tongkol ataupun ayam gulai sebagai lauk. Ditambah pula dengan acar timun amat membangkitkan aura. Nasi ini sedap kerana rasanya yang lemak sedikit kerana nasi ini menggunakan santan di dalam penyediaannya. Di sini iqa ingin berkongsi resipi bagaimana nak buat sendiri nasi dagang kegemaran rakyat Terengganu ni
Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa
Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu
1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa
Cara-cara Membuat Nasi Dagang:
Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.
Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang
1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
No comments:
Post a Comment