Sunday, September 19, 2010

TAMAN TAMADUN ISLAM



ASSALAMUALAIKUM
















Kali ini kita pergi pula ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai.


















Inisiatifnya ia dibina untuk memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.
Taman ini mempunyai beberapa replika yang di adaptasikan dari seluruh dunia tentang tamadun Islam. Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India). Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Masjid kristal turut menjadi ikon bagi taman ini. Masjid kristal yang diperbuat daripada kaca dan besi menyerikan lagi rekabentuk masjid tersebut. Jika anda lihat pada waktu malam, ia sangat cantik serta menarik perhatian anda kerana masjid tersebut merupakan masjid pertama di Malaysia ini. Kagumnya sayaa! ^_^

Disini juga saya selitkan talian untuk anda hubungi jika anda mahu datang melawat ke tempat ini. :)

Pejabat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: +609 627 8888 Faks: +609 630 9020. Anda juga bleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian +609-622 1433 / 1893.


UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


ASSALAMUALAIKUM SEMUA!












Anda masih tercari-cari tempat pengajian yang sesuai untuk anda? Di Terengganu ini ada menyediakan tempat pengajian yang menarik untuk anda dalami. Jom ikut iqa bercerita dengan lebih lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ni.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan institusi pengajian tinggi awam yang ke 14th di Malaysia dan terletak di Megabang Telipot Kuala Terengganu. Lokasinya yang stratejik, iaitu di sepanjang pantai Laut Cina Selatan, mejadikan UMT sebuah universiti maritim yang ideal. UMT menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang sains dan juga sains sosial. Dalam usia yang muda, UMT telah mencatat pencapaian yang membanggakan dalam bidang penyelidikan dan dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Universiti Malaysia Terengganu menawarkan pelbagai program akademik di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah, dalam pelbagai bidang sains dan sains sosial. Menarik? Tertarik? Okay jom kita pilih pula kos yang sesuai dengan anda di sini :-

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin / Kompleks Stadium



ASSALAMUALAIKUM!


Ada tak sesiapa orang Terengganu tak kenal dengan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ( SSMZA ) ni? Kalau ada, hari ini anda akan t
ahu sebab iqa akan bercerita tentang tempat ini. Yayy! *tepuk tangan semua


Seperti kita semua tahu, SSMZA ini pembinaannya stadium telah menelan belanja RM 270 bilion. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 . Stadium ini menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara sukan utama.












Perasmian gilang gemilang oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan-Agung, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2008. Stadium ini dianggap tercanggih di pantai timur. Pembinaan Kompleks Sukan Negeri ini dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan. Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM292 juta manakala stadium tertutup RM160 juta dengan pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain. Woahh, sangat banyak perbelanjaannya kan. Demi untuk rakyat negeri Terengganu, kerajaan Terengganu sanggup berbelanja sebegitu besar perbelanjaan. Sungguh bertuah orang-orang Terengganu ni sebenarnyaa.

SSMZA ini juga boleh memuatkan lebih 50,000 orang penonton. Dan ia merupakan stadium yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. HEBAT SEKALI!

So, let's we rocking this place!!


BAZAR WARISAN



haii kawan-kawan!

Jom kita jalan-jalan yukk! Destinasi hari ini kita pergi bazar warisan pula yee. Tapi sebelum itu jom iqa cerita serba sedikit pasal tempat menarik ini. Ia mula dibuka Julai tahun ini, bazar yang dibina dengan kos RM18.4 juta di Jalan Sultan Zainal Abidin, kompleks perniagaan ini terletak di pinggir Kuala Terengganu, sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan kota ini sebagai bandar raya persisiran air.






















Rekabentuknya diperbuat daripada kayu dan mengekalkan ciri-ciri tradisional yang amat unik sekali. Tempat ini hanya bersebelahan je dengan pasar payang. So sesiapa yang membeli belah di pasar payang tu, WAJIB datang ke tempat ni. Tambah menarik, reka bentuk kompleks tiga tingkat ini mempamerkan seni bina tradisional Terengganu. Sehingga kini, ia menempatkan pelbagai gerai pengusaha seni warisan tradisional termasuk sutera, batik, songket, tembaga dan cenderamata. Bagi yang tercari-cari ole-ole yang cantik untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan, saudara-mara, boleh la beli di bazar warisan ni ye.









































Tempat ni luas dan selesa bagi yang datang beramai-ramai dengan keluarga. Boleh berehat sebentar di pondok-pondok yang disediakan. Bagi yang keletihan berjalan, untuk naik ke tingkat dua dan tiga, anda tidak perlu lagi menggunakan tenaga yang banyak kerana ia menyediakan lif serta eskalator untuk naik ke atas. Canggih bukan? ^^
Di tingkat tiga juga, pengunjung boleh menyaksikan keindahan muara Sungai Terengganu.

Dari sini, Pulau Duyong yang menjadi lokasi utama penganjuran sukan layar antarabangsa, Piala Monsun dan bot kecil yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir. Dan bagi sesiapa yang hendak menaiki bot di sana, boleh la berbuat demikian dengan hanya membayar tambang sebanyak satu ringgit pergi dan balik. Murahhhhh sangat dan anda pasti teruja melihat keindahan di situ.
So let's we rocking this place!! ^^.

NASI KAUMOK YANG NYUMNYUMNYUM! ^^


Assalamualaikum kawan-kawan! haa, kemain semangat ni bagi salam sebab terliur dengan menu yang tertera kat tajuk entri kali ni hahaha :p























Mula-mula kenal dengan nasi ni sebabnye kawan kat UNiSZA pesan beli nasi kaumok ni kat pasar malam. Iqa pelik la ingat kan nak suruh beli nasi gemuk sebab sebutannya lebih kurang kan. Lepas tu kawan iqa gelak-gelak. Hairan jugak kita kan. Lepas tu dia eja satu-satu. K.A.U.M.O.K! dia cakap. Iqa pun gelak jugak la kan, boleh pulak tertukar nasi kaumok dengan nasi gemuk. hihihi. So lepas daripada peristiwa tu, iqa kenal dah nasi kaumok. Yayyy!! ^^v

Nasi ni terkenal jugak la kat Terengganu ni. Asalnya resipi ni dari Siam. So dah dekat dengan negeri Terengganu ni, makanya di sini pun turut terkenal dengan masakan ini.
Ia lebih kurang sama dengan nasi arab yang lauknya dimasak bersama-sama dengan nasi. Tapi nasi arab ni lauk daging kan, nasi kaumok ni lauk ayam ^^. Tapi ada juga yang makan dengan ayam goreng biasa ataupun ayam goreng berempah. Haa, ia juga boleh makan dengan ulam-ulaman seperti timun serta acar taw. Tidak lupa sos cili untuk lebih rasa kehebatan nasi kaumok ni. Fuhhh! pasti terangkat punyaa! :)

*gambar.

So sesiapa yang nak try buat nasi kaumok ni boleh la cuba resipi kat bawah ni yee.

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg beras basmathi
1 ekor ayam - dipotong 8 bahagian

BAHAN YANG PERLU DIMESIN:
3 sudu besar rempah komok (rempah kurma pun boleh)
5 ulas bwg putih
8 ulas bwg merah
3 biji cili hijau
2 tangkai akar daun ketumbar

BAHAN-BAHAN LAIN:
2 biji buah tomato dibelah 2,dipotong melintang
1 biji timun Daun salad

BAHAN UNTUK MENUMIS:
1 in kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
8 biji pelaga
1 in halia (di mayang)
4 ulas bwg merah (di mayang)
3 ulas bwg putih (di mayang)
½ tin susu cair
2 sudu minyak
2 sudu planta
2 sudu minyak sapi
Gula & garam

BAHAN UNTUK BUAT SOS CILI:
6 biji cili api merah
3 bawang putih jeruk
5 sudu gula
½ sudu garam
Daun ketumbar (semuanya di mesin)

CARA MEMASAK:
1) Panaskan minyak, minyak sapi & planta.
2) Masukkan bahan yg di mayang dgn rempah kasar & tumis sampai naik bau.
3) Masukkan bahan yg dimesin & tumis hingga kekuningan.
4) Masukkan ayam & kacau hingga sebati.
5) Masukkan susu cair, gula & garam.
6) Masak sampai kuah pekat & setelah itu asingkan ayam serta kuah.
7) Basuh beras & toskan.
8) Ambil kuah & masukkan dlm beras. Gaulkan hingga rata.
9) Tambahkan air secukupnya & masak nasi sampai masak.
10)Masukkan ayam & gaulkan dengan nasi.

Da siappp! nanti boleh laa poskan kat sini juga yee hehe. Byee!

KUIH HASIDAH!

Assalamualaikum semua.

Harini iqa nak jadi chef yee. bukan chef wan dah tapi chef two hehe :p
Okay laa, masing-masing tengok tajuk entri ye, KUIH HASIDAH ataupun orang lain panggil KUIH QASIDAH. nama je lain taw, tapi kuih totapp sama ye. Jangan mudah terpedaya hee. Kalau kat sini, kuih tuh laa menjadi kegemaran iqa. Best sangat, lembutttt je. rasa cam makan plastisin. hehe.

Nak tengok tak macamana rupa kuih HASIDAH ni yee, jomm





















Bahan-bahan

  • 300gm tepung gandum
  • 2 helai daun pandan
  • 2½ - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
  • 1½ cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
  • 5 biji telur ayam, dipukul
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning

Untuk hiasan

  • 10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.

Cara penyediaan

Tepung disangai hingga ia berbau wangi dan kekuningan. Ketepikan dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian tepung dicampurkan bersama santan, telur, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.

Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.

Proses mengacau kira-kira 1½ - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat. Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih bagi membentuk seperti bunga.


Friday, September 10, 2010

BUKIT BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Haip haippp. apa khabar kawan-kawanku sekalian. sakan rayaa noh. bagusbagus. raya sekali setahun je. pastuh lambat bebenoo kita akan jumpa dengan raya pulak kan. so enjoy your raya ok! ^_^

Okay, kali ni iqa nak bawak anda semua pergi ke Bukit Besar! Yayyyy *sambil tepuk tangan. Tak payah bawa duit taw, sebab tempat ni free je. sesiapa nak pergi dipersilakan. hehe. Bukit Besar ni kan salah satu di antara tempat rekreasi di Terengganu ni. kenapa nama dia bukit besar? sebab dia tak kecik laa. hahaha. okay laa, jom ikot iqa jalanjalan ok lepas tu baru anda semua tahu amacam best ke tak bukit besar ni. Let's go babyy!

pstttt, kali ni iqa pergi ikut university trip. so i really had fun at there! yihaaaa ^^



























Ini adalah merupakan pemandangan dari atas. Boleh nampak seluruh bandar !

























Iqa sekarang kat puncak bukit tinggi ni. Dah sampai, so kami penat. Oh, kenalkan kawan Iqa, Aqilah nama dia ^_^



















































Antara gelagat-gelagat peserta apabila berjaya sampai di atas puncak. Semua muka penat, tapi happy kan. :)


























Kat puncak bukit pun ada line taw. Hebat you!

Setakat itu saja, pengalaman iqa di Bukit Besar. Hope we can meet at here someday!
Byebye!!