Assalamualaikum.
Toksah melengah masa lagi, jom kita teruskan dengan pembelajaran kita!
1. kuih badak = macam donut tapi drp ubi stelar (keledek)
2. kecik pereh = sangat kecil
3. kuning siyor = sangat kuning
4. tiyung = cium
5. tadok aghoh = habis ikhtiar*
6. teksi = beca
7. Perok = kesuntukan
8. piyat = pukul dgn rotan, lidi atau ranting.
9. Phuing = terdedah
10. masing pekkok = teramat masin! *
*Pilihan penulis hari ini. ^^
Sunday, September 26, 2010
PROGRAM KHATAM QURAN BERAMAI-RAMAI
Assalamualaikum.
Jika anda melalui di jalan-jalan sekitar Terengganu ini, anda mesti akan terpandang sebuah papan iklan besar yang gah terpampang dengan menyatakan tentang bilangan kanak-kanak yang telah berjaya khatam al-Quran melalui program yang dianjurkan oleh pihak negeri.

Program khatam Quran secara beramai-ramai yang dilakukan di Gong Badak.
Sememangnya program seperti ini murni serta ia merupakan satu pendedahan awal kepada golongan muda. Setiap tahun pasti bilangan kanak-kanak yang khatam Quran meningkat. Sekaligus membantu anak-anak muda ini bersikap lebih sopan sekaligus memenuhi impian ibubapa mereka menjadi anak yang soleh serta solehan. INSYAALLAH.
MURID DARJAH 6 DIBERI EBOOK SECARA PERCUMA!
MENTERI BESAR TERENGGANU, YAB. DATO' SERI HJ. AHMAD SAID
pencetus idea untuk memberikan e-book percuma kepada pelajar sekolah rendah.
pencetus idea untuk memberikan e-book percuma kepada pelajar sekolah rendah.
Wahh. Murid sekolah rendah diberi e-book (laptop kecil) secara percuma sahaja! Sangat baik kerajaan Terengganu ini. Mereka (pelajar darjah 6) diberi kemudahan ini kerana setiap tahun negeri Terengganu ini akan mendapat markah keseluruhan terbaik bagi seluruh negeri dan ia adalah untuk memudahkan pembelajaran.

Untuk pengetahuan umum, hal seperti ini adalah buat julung kalinya berlaku di Asia Tenggara. Kerajaan negeri Terengganu juga bercadang untuk memberikan kemudahan seperti ini kepada murid darjah 1-4 pada masa yang akan datang. Ini kerana kerajaan negeri mahu mereka bergerak seiring dengan kemajuan ICT yang semakin canggih pada masa kini. Namun pihak kerajaan juga turut berpesan kepada murid-murid tersebut agar menjaga e-Book tersebut dengan sebaik mungkin kerana mereka akan turut menggunakan e-Book tersebut semasa tingkatan 1 nanti. Dengan adanya e-Book ini, murid-murid akan lebih senang untuk belajar kerana ia bukan sahaja sukatan daripada buku teks, bahkan kelas juga turut diadakan melalui e-Book tersebut iaitu dengan alam maya. Ia menyenangkan murid-murid serta cikgu untuk proses pembelajaran.
Seorang anak yatim menunjukkan e-book kepada neneknya.
SYABAS BUAT NEGERI TERENGGANU!
SYABAS BUAT NEGERI TERENGGANU!
LAKSAM TERENGGANU
Kalau anda datang ke sini, tidak sah la percutian anda tanpa merasai laksam terengganu ini. Kuahnya yang pekat serta cukup ramuan pasti akan menambat selera anda. Iqa pun suka makan laksam terengganu ni. Kadang-kadang beli 2 bungkus sebab tak cukup. hehe. kantoi :P
Ok laa, kat sini Iqa nak beritahu anda resepi untuk buat laksam Terengganu ini.
i)Laksam
4 cawan tepung beras 1 1/2 cawan tepung gandum 4 cawan air suam -semua bahan ni campurkan dan kacau sehingga sebati.
ii)Kuah
Ikan direbus (sama seperti rebus ikan buat laksa),ambil isinya dan blender Bawang besar Bawang putih Halia Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam Gula merah Garam - semua bahan kuah ini blender dan campurkan sekali ke dlm periuk, di rebus sehingga masak. Rasakan garamnya...
iii) Bahan Ulam
Timun Daum kesum Kacang panjang Taugeh Bunga kantan -semua bahan ulam di racik2 halus.
Cara membuat Laksam: Panaskan pengukus dan dulang/tudung periuk yang telah dilanser minyak masak. Tuangkan paras rata adunan tepung dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Ia akan masak bila kita tengok dah menggelembung gitu. Keluarkan dan sejukkan sebelum digulung supaya gulungan cantik. Ulangi langkah sama sehingga habis semua.
Sambal (ni penting tau..tak de sambal, tak menjadi la laksam korang..)
Lada merah/cabai merah + sikit belacan + sikit garam--> tumbuk/blend +perah sikit air limau kasturi Haa, itu la dia resepi Laksam Terengganu.
Tadaaa ! Dah siap pun laksam Terengganu ini. Nampak sedap kan. Iqa pun dah terliur ni he

Nanti boleh la cuba yee! Bye
Saturday, September 25, 2010
PERPUSTAKAAN NEGERI TERENGGANU
Assalamualaikum.

Setiap negeri pasti diperuntukan sebuah perpustakaan bagi kemudahan orang ramai kan. Begitu juga dengan negeri Terengganu ini. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.
Jika anda ingin mencari bahan rujukan, sila la datang ke sini kerana ia terdapat pelbagai jenis buku samada buku ilmiah ataupun buku bukan fakta. Di sini bukan sahaja turut menyediakan perpustakaan, tetapi terdapat juga dewan teater, bilik seminar dan juga dewan serbaguna.
Tetapi bagi sesiapa yang berminat untuk meminjam buku di sini, anda perlu membuat kad terlebih dahulu bagi memudahkan sistem peminjaman buku dibuat.
Anda hanya perlu tunggu selama 1o minit sahaja dan membayar RM 2 untuk proses membuat kad. Dan kad ini boleh diguna pakai selama 3 tahun!
Untuk ke laman web rasmi Perpustakaan Negeri Terengganu ini, sila klik gambar di bawah.
PANTAI TOK JEMBAL.
Assalamualaikum
Pantai Tok Jembal. Nama yang cukup terkenal di kalangan pelajar-pelajar ipt di sini. Mana taknya, pantai ini hanya bersebelahan dengan tempat belajar mereka. Iqa selalu datang kat pantai ni. Sangat nyaman udaranya. Air pantai yang kebiru-biruan membuatkan kita lebih mengagumi kebesaran yang MAHA ESA. Pasirnya yang putih turut menambahkan keindahan pantai ini. Terletak di area gong badak, dan di kelilingi oleh kedai-kedai makan, universiti Malaysia Terengganu, serta pelbagai lagi kemudahan meriuhkan suasana terutamanya di waktu petang. Amat seronok sekali melihat gelagat-gelagat para pelancong ketika datang ke sini.
Antara gambar-gambar yang di ambil ketika berada di sana
kelihatan beberapa orang sedang mandi manda di sini
Cantikkan pemandangan di belakang. Biru nyaman jee.
Awan yang biru menambahkan lagi kedamaian ketika berada di sini

Bersama rakan-rakan seperjuangan.
Cantik kan. So anda semua mesti datang sini taw. ;)
KAMPUNG LOSONG
Assalamualaikum.


Pemandangan indah pada waktu petang di Kg. Losong
Apa khabar para sahabat sekalian. Sihat-sihat hendaknya. Kali ini Iqa nak bawa anda semua jalan-jalan di Kampung Losong pula. Nak tahu sejarah tentang kampung Losong ni tekan sini. Kebanyakkan orang da tahu tempat ini cukup terkenal dengan keropok. Tak kira la keropok keping ke, keropok lekor ke. Tempat ini la para pelancong cari. Kenapa? Ia disebabkan ramuan keropok tu lengkap. So rasanya yang enak, serta lembut menarik perhatian para penggemar keropok lekor. ^^ Kalau anda datang ke sini, pasti anda tidak tahu nak beli di gerai mana, sebabnya berderet gerai orang jual keropok di tepi jalan. So, pilih la yang terbaik. Harganya jangan risau, cukup murah! Terutamanya kepada orang luar yang membeli keropok lekor secara borong tu, para peniaga di sana akan memberikan harga yang cukup istimewa kepada anda ;)

Antara gelagat pembeli di Kg. Losong

Antara kedai keropok yang terdapat di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)

