ASSALAMUALAIKUM SEMUA! SIHAT-SIHAT BELAKA HENDAKNYA ^^
Kali ini iqa nak bawa anda semua jalan-jalan lagi. Nak pergi mana? Haaa, kita nak pergi jalan-jalan kat ISTANA MAZIAH ni. Jom ikut iqa yuhhh! ^^
Istana Maziah juga merupakan salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini. Anda semua boleh tengok tempat dimana upacara adat istiadat pertabalan Diraja yang dilakukan disini. Istana ini terletak di Bukit Puteri dan ia hanya berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu. Apabila anda singgah di Pasar Payang, ataupun Dataran Shahbandar, anda boleh la datang melawat ke istana ini.
Bangunannya yang berwarna kuning ini dihiasi dengan ciri-ciri moden serta tradisional dimana ia mencerminkan artistik rakyat Terengganu dimana pembinaan ini dibina dengan menggunakan batu kapur dicampur dengan tanah liat, garam kasar, kuning telur dan madu. Bukan itu saja, malah ia juga menyerupai istana di Perancis - mempunyai tingkap yang tertutup.
Jadi, tunggu apa lagi. Mari kita melihat keunikan Istana Maziah ini sama-sama!
Jadi, tunggu apa lagi. Mari kita melihat keunikan Istana Maziah ini sama-sama!
No comments:
Post a Comment