Thursday, November 18, 2010

Follow me at my personal blog !

salam readers !

actually want to tell ya a bit info. I do have a personal blog which is the place that i wrote everything bout me. Im not really active here. But i will update too, and yes of course laa about Terengganu kan. So anyone want to know much bout me, u can follow my blog here. Salam Aidiladha! ^.^

Tuesday, November 2, 2010

Alhamdulillah ! Im the 5th place !

Alhamdulillah. Selesai jua majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan blog pelancongan Terengganu ini. Walaupun tak dapat tempat pertama, tapi Iqa bersyukur sangat-sangat dapat tempat ke-5 ini. Rezeki masing-masing kan. Sebenarnya Iqa aktif buat blog ni 2 hari sebelum tarikh akhir pertandingan ni which is in the last 2 days, i were struggles to make it completed into 75 entry. Macam-macam usaha dibuat bagi menyiapkan entri bagi melayakkan diri turut serta dalam pertandingan ni. Disebabkan wifi u tak laju and susah nak buat kerja menyiapkan entri2 ni, makanya Iqa pilih untuk stay di rumah kawan selama 1 malam dan bersungguh-sungguh menghadap blog 'IQA DI TERENGGANU' ni selama semalaman dan bangun pagi tu terus cont buat entri. Balik u pulak pinjam broadband dengan kawan selama satu hari. And finally, it was done. And the most important thing is, it WORTHING! yayy, im won the 5th place! and i got RM1,500 ! First time kot pegang duit banyak2 sebab i didn't apply for any loan. So thats why la kan. hehehe.

Tak lupa juga dekat rakan-rakan yang lain, Tahniah di ucapkan!! We're did a good job! Kite semua dapat duit yayy! What you're gonna do with the money ? Me want to holiday with my familyy. For a long time didn't having time together and i think this is a great time to do. InsyaALLAH and Alhamdulillah again. Alhamdulillah. ^.^


Thursday, September 30, 2010

TAMAN REKREASI & MINI ZOO KEMAMAN

Assalamualaikum.



Teringin pergi ke zoo ? Usah pergi jauh lagi, hanya di Kemaman Terengganu, anda dapat melihat semua itu. Tempat ini masih baru lagi dan tidak ramai yang menyedari tentang kewujudannya. Meh Iqa cerita sikit tentang tempat ini. :) Zoo ini merupakan zoo yang terbesar di pantai Timur setakat ini dan ia terletak di Bukit Takal Kemaman.





































Terdapat lebih kurang 100 spesies yang terdapat di zoo tersebut. Beberapa spesis haiwan seperti burung unta, merak, beruang, landak, burung helang, kucing hutan, rusa dan ular sedang dikuarantin untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di zoo berkenaan.
Binatang lain yang akan dipamerkan termasuk beberapa spesis beruang, banteng, seladang, kijang, kambing gurun, orang utan, buaya dan beberapa spesis harimau serta kuang raya.

Zoo yang terletak di kawasan seluas 135 ekar (54 hektar) bersempadan dengan kawasan kunang-kunang yang terletak di Kampung Yak Yah, Kemaman bakal mejadi antara 10 zoo terbaik di rantau ini dan keadaan hutan sekunder di kawasan pembangunan itu memberi kelebihan dari segi persekitaran. Anda juga dapat melihat dengan lebih jelas lagi dengan adanya jambatan gantung di zoo itu.



















Haa, anda juga boleh menaiki gajah di sini. Best kan.Terdapat beberapa zon tema kepada pengunjung dan juga petunjuk kepada tempat-tempat yag menarik di kawasan itu.
Antara taman tema itu adalah Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, Taman Buah-buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik.

Zoo ini telah menerima 2 ekor harimau Malaya (Panthere Tigris Jacsoni) daripada pihak zoo dari Melaka pada 2 April 2009. Dan yang mengejutkan, orang ramai sebenarnya lebih teruja untuk melihat haiwan karnivor ini dengan lebih dekat kerana kehadiran harimau ini telah menarik 114,000 orang pengunjung sejak 11 April 2009. Wow !

Dan bagi sesiapa yang ingin pergi ke zoo ini perlulah membeli tiket di kaunter yang disediakan dengan harga yang berpatutan :-

Tiket : RM10.00 (Dewasa)
: RM5.00 (Kanak-kanak)
: RM3.00 (Pelajar berpakaian seragam)

Wednesday, September 29, 2010

part 10 : meh pakat belajo dialek gannu !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga kita ke part 10. InsyaALLAH jika ada rezeki, Iqa akan teruskan sesi pembelajaran kita ni pada masa akan datang. :)

1. nyekik = menyampah2 *
2. nyakit nyamang = tidak bersangkut paut2
3. nisang = gula melaka
4. mutor kelaut = bot nelayan
5. ma’nah = banas baran *
6. musing ketang = berpusing-pusing *
7. lembbek lolltek = sangat lembik
8. lenyeng = terkulai
9. lapo perut = lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)
10. ngatuk mate = ngantuk

* Pilihan penulis hari ini ^,^

part 9 : meh pakat belajo dialek gannu !

Assalamualaikum.

1. amok reng = malas nak tolong
2. air chor = air basuhan bertakung dari dapur
3. boloq woq = serabut
4. beng ikang = van@lori yg bawa ikan
5. busuk kohong = sangat busuk
6. dok seker = tanpa disangka
7. Karang = lain waktu pada hari yg sama
8. tadok aghoh = habis ikhtiar *
9. soheh dok munggg?? = ko ni biar betul!! *
10. sekak netting = singkat sangat (kain)

* Pilihan penulis hari ini. ^.^

PANTAI TANJUNG JARA

Assalamualaikum kawan-kawan.


Tidak lengkap rasanya percutian anda ke Terengganu tanpa singgah ke Pantai Tanjung Jara. Tempat ini adalah pantai berbatu, yang tersebar di kawasan murah hati indah dengan bentangan indah bersih, Pantai berpasir putih di sini adalah salah satu pantai yang paling cantik di Terengganu dengan bukit-bukit pasir menarik yang dibuat oleh gelombang pantai yang kuat.

Sebahagian besar orang yang datang ke pantai peribadi di Tanjung Jara Beach Resort di sini
kerana mereka ingin mencuba tempat yang baru selain di Pulau Perhentian dan Pulau Redang.







Lawatan sini untuk pantai tidak akan lengkap jika anda tidak tinggal di Tanjung Jara Beach Resort. Yang merupakan resort pantai yang paling sangat diakui di seluruh Terengganu.Itu adalah satu-satunya resort yang memiliki segalanya dari menyelam, Spa, hingga golf dan sebagainya
.


Jom ke sini ayuhh!

PANTAI KUALA IBAI

Assalamualaikum.





Pantai Kuala Ibai sama dengan pantai lain tetapi masih mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Di sini terdapat satu masjid terapung iaitu Masjid Tengku Tengah Zaharah yang menjadikan tempat ini menjadi tarikan pengunjung ! Jom kita saksikan gambar pantai yang menarik ini !